Bicara Perdana Menteri

"FELDA telah membuktikan ia bukan jaguh kampung dengan membuat pelaburan membuka kilang-kilang di Amerika Syarikat dan Kanada.  Malahan Perdana Menteri Quebec, Kanada memandang tinggi terhadap FELDA."

Petikan Ucapan YAB Dato' Sri Mohd Najib.

Setulus Bicara

"Sejak 50 tahun kerajaan beri kita berbilion ringgit. Banyak mana pun,ia tidak berguna jika gagal memberi sokongan terhadap pelbagai program dijalankan kerajaan."

Petikan Ucapan Y.Bhg Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi GWGF.
PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA FELDA SEMPENA AIDILFITRI 2011, WILAYAH TROLAK

27 OGOS 2011


PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA FELDA SEMPENA AIDILFITRI 2011, WILAYAH TROLAK


FELDA Sungai Behrang, Perak 27 Ogos 2011 – Gabungan Wawasan Generasi FELDA Malaysia telah menganjurkan Program Gotong-royong Perdana FELDA sempena Aidilfitri ini adalah program tahunan Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) yang diadakan dengan penglibatan sebanyak 317 buah FELDA di seluruh negara. Program ini adalah susulan daripada Program Gotong-Royong Perdana sempena Aidilfitri yang telah dijalankan dengan jayanya pada tahun 2010 di seluruh FELDA. Program ini dirasmikan oleh Y.Bhg Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi GWGF dengan di hadiri bersama Y.Bhg Dato’ Sri Zainal Rahim Seman, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia serta YB Dato’ Mohd Khusairi Abd Talib, ADUN Slim. Program ini melibatkan aktiviti pembersihan dan keceriaan di kawasan blok, masjid, tanah perkuburan dan keseluruhan kawasan FELDA supaya keceriaan ini boleh dirasai oleh generasi FELDA yang pulang berhari raya di FELDA masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dalam program ini juga, sebanyak 2000 bungkus bubur lambuk juga diedarkan kepada seluruh penduduk FELDA Sungai Behrang serta sumbangan kepada peneroka yang uzur disampaikan oleh GWGF. Sumbangan ini dihulurkan sebagai tanda prihatin GWGF sempena menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut.