Bicara Perdana Menteri

"FELDA telah membuktikan ia bukan jaguh kampung dengan membuat pelaburan membuka kilang-kilang di Amerika Syarikat dan Kanada.  Malahan Perdana Menteri Quebec, Kanada memandang tinggi terhadap FELDA."

Petikan Ucapan YAB Dato' Sri Mohd Najib.

Setulus Bicara

"Sejak 50 tahun kerajaan beri kita berbilion ringgit. Banyak mana pun,ia tidak berguna jika gagal memberi sokongan terhadap pelbagai program dijalankan kerajaan."

Petikan Ucapan Y.Bhg Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi GWGF.
PERTUBUHAN KEBUDAYAAN & KESENIAN GENERASI FELDA MALAYSIA (PERKESAN)

(NO PENDAFTARAN: 0202-11-SEL)

PENGENALAN

Pertubuhan ini telah didaftarkan dan mendapat kelulusan daripada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 14 Januari 2011 dengan no pendaftaran 0201-11-SEL. Antara matlmat pertubuhan ini adalah mengangkat dan memartabatkan seluruh generasi FELDA khusnya peminat, pencinta, penggiat seni dan budaya untuk terlibat secara langsung dalam kemajuan rancangan tanah FELDA, menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat FELDA dan mengeratkan ikatan silaturrahim dan jurang perbezaan diantara generasi FELDA terdahulu dan kini. Selain itu, antara matlamat lain pertubuhan ini adalah mendidik dan seterusnya memberi pendedahan kepada aktiviti kesenian yang sihat disamping mencungkil bakat dalam bidang kesenian. Tumpuan untuk menjalinkan ikatan dua hala di antara seluruh generasi FELDA bagi membina bangsa yang bersatupadu dan berbudaya tinggi serta memberi pengalaman dan peluang kerjaya terutama dalam aktiviti kesenian turut diberi perhatian. Selain itu juga, pertubuhan ini turut memainkan peranan untuk meningkatkan nilai estitika dan jatidiri dalam diri setiap generasi FELDA serta melahirkan insan seni yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani.


VISI

• Menjadi sebuah pertubuhan yang mantap dan unggul melalui penglibatan generasi baru FELDA sebagai aset utama memajukan kebudayaan dan kesenian Negara.


MISI

• Membimbing generasi FELDA yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi serta mencungkil bakat baru di dalam bidang seni.

• Bertanggungjawab untuk mendekati golongan sasar yang terdiri dari generasi baru FELDA khususnya dalam memastikan objektif dan agenda kerajaan tercapai.

• Menarik lebih ramai generasi baru FELDA untuk menyertai program berbentuk Kesenian & Kebudayaan. • Menggalakkan generasi baru FELDA menyertai program kebudayaan & kesenian di samping menghindarkan mereka daripada terlibat dengan kegiatan sosial yang tidak bermoral.

Penaung
YBHG. TAN SRI ROZALI ISMAIL


Presiden
PN. SITI HAJAR ISMAIL


Timbalan Presiden
EN. AIRUS BIN MISRON


Setiausaha
EN. MUHD FUAD MISPARI


Bendahari
CIK NURZILAHANIM BT MOHD DARUNAI


Ahli Jawatankuasa
PN. FEEZNA ELIA ABD RAHMAN
PN. NOOR AZEERA ENUNAR
EN. MOHD SANI BOHARI
EN. AZAHARI BIN RAMLI
PN. HABIBAH BT ISMAIL
PN. SURIYANI BT ABD RAHMAN
EN. KHAIRUL EFFENDI BIN ABD RAHMAN
CIK NURHIDAYAH BT MOHD DARUNAI