Bicara Perdana Menteri

"FELDA telah membuktikan ia bukan jaguh kampung dengan membuat pelaburan membuka kilang-kilang di Amerika Syarikat dan Kanada.  Malahan Perdana Menteri Quebec, Kanada memandang tinggi terhadap FELDA."

Petikan Ucapan YAB Dato' Sri Mohd Najib.

Setulus Bicara

"Sejak 50 tahun kerajaan beri kita berbilion ringgit. Banyak mana pun,ia tidak berguna jika gagal memberi sokongan terhadap pelbagai program dijalankan kerajaan."

Petikan Ucapan Y.Bhg Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi GWGF.
Pendaftaran Keahlian GWGF

Faedah-faedah Pemegang Kad Keahlian GWGF

1. Berpeluang mengikuti program kemasyarakatan di seluruh Malaysia yang dianjurkan oleh GWGF dari semasa ke semasa

2. Berpeluang menyertai kelab motorcross

(Faedah-faedah keahlian adalah tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Urusetia GWGF)


Syarat-syarat Untuk Memperolehi Kad Keahlian GWGF

1. Terbuka kepada semua peneroka dan generasi FELDA (generasi kedua dan seterusnya)

2. Mengisi borang yang telah disediakn oleh Urusetia GWGF di kaunter-kaunter pendaftaran, pejabat urusetia dan secara online, dan

3. Menghantar melalui emel sekeping gambar warna berukuran passport atau dalam bentuk fail JPEG, TIFF, PNG atau BMP jika memohon secara online.

 

Ingin Menjadi Ahli GWGF?

GWGF mempelawa seluruh warga FELDA untuk menjadi ahli GWGF dan mereka bakal menikmati pelbagai keistimewaan yang telah dan bakal disediakan oleh sekretariat. Anda boleh memilih untuk datang sendiri ke pejabat urusetia atau mohon secara online. Jika anda memilih untuk memohon secara online sila klik butang di bawah :




Arahan untuk Permohonan Secara Online
1. Setelah anda klik pada butang "PERMOHONAN ONLINE", anda akan disambungkan ke paparan "Borang Pendaftaran". Jika anda bersetuju dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan, sila klik "Setuju".

2. Sila isikan maklumat yang lengkap seperti yang diperlukan didalam borang tersebut sebelum klik ‘Submit ‘. No MyKad dan No.Telefon untuk dihubungi adalah wajib di isi oleh ahli baru GWGF.Untuk makluman semua ahli, program dan aktiviti yang dianjurkan oleh GWGF akan dihebahkan melalui penghantaran SMS


3. Emailkan kepada This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it sekeping gambar warna berukuran passport atau dalam bentuk fail JPEG,TIFF, PNG atau BMP dan sertakan nama dan no kad pengenalan untuk rujukan kepada borang yang anda hantar secara online.