Bicara Perdana Menteri

"FELDA telah membuktikan ia bukan jaguh kampung dengan membuat pelaburan membuka kilang-kilang di Amerika Syarikat dan Kanada.  Malahan Perdana Menteri Quebec, Kanada memandang tinggi terhadap FELDA."

Petikan Ucapan YAB Dato' Sri Mohd Najib.

Setulus Bicara

"Sejak 50 tahun kerajaan beri kita berbilion ringgit. Banyak mana pun,ia tidak berguna jika gagal memberi sokongan terhadap pelbagai program dijalankan kerajaan."

Petikan Ucapan Y.Bhg Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi GWGF.
Sejarah Penubuhan GWGF

 

Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) telah ditubuhkan pada 23hb Ogos 2002. Majlis perasmian penubuhannya telah disempurnakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad (pada ketika itu YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad) di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak, Selangor. Majlis ini turut disertai oleh lebih 4,000 orang warga FELDA dari seluruh negara. GWGF menggabungkan Yayasan Pembangunan Generasi FELDA Malaysia (YPGFM), Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM), Persatuan Peneroka FELDA Malaysia (PPFM) dan Pertubuhan Sukan Bermotor GWGF Malaysia.

 

Seiring dengan perhimpunan ini, turut diadakan simposium yang merangkumi sesi percambahan fikiran, pembentangan kertas kerja dan perbincangan. Sesi-sesi ini telah menghasilkan satu resolusi yang menjadi teras kepada perjuangan GWGF dalam usaha memartabatkan masa depan peneroka dan generasi peneroka FELDA yang lebih gemilang. GWGF turut mengadakan pameran dan penerangan mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan serta menjalankan pendaftaran keahlian GWGF.