Bicara Perdana Menteri

"FELDA telah membuktikan ia bukan jaguh kampung dengan membuat pelaburan membuka kilang-kilang di Amerika Syarikat dan Kanada.  Malahan Perdana Menteri Quebec, Kanada memandang tinggi terhadap FELDA."

Petikan Ucapan YAB Dato' Sri Mohd Najib.

Setulus Bicara

"Sejak 50 tahun kerajaan beri kita berbilion ringgit. Banyak mana pun,ia tidak berguna jika gagal memberi sokongan terhadap pelbagai program dijalankan kerajaan."

Petikan Ucapan Y.Bhg Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi GWGF.
KHIDMAT MASYARAKAT

PEMERIKSAAN KESIHATAN


Objektif perlaksanaan program Kemasyarakatan ini bolehlah didefinasikan seperti berikut:-

  • Meneruskan kerja-kerja amal dan kesukarelawanan Program GWGF - PDK di tanah-tanah rancangan FELDA;
  • Memupuk semangat gotong-royong dan budaya kesukarelawanan di kalangan belia dan generasi baru;
  • Menjalinkan hubungan dua hala yang baik dan mesra dengan pemimpin dan masyarakat setempat; dan
  • Merealisasikan tanggungjawab sosial syarikat-syarikat korporat yang terlibat kepada masyarakat

Rentetan dari siri lawatan yang telah diadakan bersama Program Khas Semai BAKTI,iaitu menitikberatkan kehidupan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) agar tidak terkecuali dari menikmati kehidupan seperti orang lain. GWGF, buat ke sekian kali telah turun padang melaksanakan program PDK di Tanah Rancangan FELDA seluruh Negara. Selain memberi taklimat kesihatan kepada Ibu bapa dan penjaga OKU, pemeriksaan kesihatan, penjagaan gigi secara praktikal telah dijalankan. Aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari Ibubapa dan keluarga OKU itu sendiri.