Bicara Perdana Menteri

"FELDA telah membuktikan ia bukan jaguh kampung dengan membuat pelaburan membuka kilang-kilang di Amerika Syarikat dan Kanada.  Malahan Perdana Menteri Quebec, Kanada memandang tinggi terhadap FELDA."

Petikan Ucapan YAB Dato' Sri Mohd Najib.

Setulus Bicara

"Sejak 50 tahun kerajaan beri kita berbilion ringgit. Banyak mana pun,ia tidak berguna jika gagal memberi sokongan terhadap pelbagai program dijalankan kerajaan."

Petikan Ucapan Y.Bhg Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi GWGF.
PENGENALAN PROGRAM SEMAI BAKTI PDK

Program Semai BAKTI PDK (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti) adalah salah satu projek perkongsian pintar antara Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) dan Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) untuk membantu kerajaan dalam usaha memberi perhatian, latihan, bimbingan dan bantuan kepada golongan kurang upaya khsususnya untuk masyarakat luar bandar.

 

Pusat-pusat PDK telah ditubuhkan oleh kerajaan melalui Jabatan Kebajikan dan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan matlamat untuk menyediakan tempat latihan dan kelas bimbingan bagi keluarga yang mempunyai kanak-kanak yang mengalami masalah terencat akal, penyakit Sindrom Down, Autisme Ringan atau kecacatan anggota dan mengalami masalah pembelajaran spesifik yang tidak dapat ditempatkan di pusat-pusat pemulihan kanak-kanak kurang upaya. Terdapat 274 buah pusat PDK di seluruh negara yang menempatkan 6,229 orang kurang upaya (OKU) dan mempunyai 615 orang pekerja.

 

Dari jumlah itu seramai 671 OKU yang berada di tanah rancangan FELDA di tempatkan di 43 buah pusat PDK di tanah rancangan FELDA dengan kekuatan 72 orang pekerja dan pelatih. Di tanah rancangan FELDA sahaja adalah dianggarkan seramai 3,000 OKU berada di luar PDK sama ada ibu bapa mereka tidak mahu menghantar anak-anak ini ke PDK atau pusat-pusat PDK di luar bandar tidak mampu menampung kerana tempat dan bilangan guru yang terhad. Pada amnya kerajaan menyediakan pusat-pusat PDK di luar bandar ini bagi membolehkan masyarakat setempat dan NGO setempat berperanan bersama-sama dengan guru-guru pelatih yang telah disedikan oleh kerajaan untuk sama-sama bekerjasama membimbing anak-anak kurang upaya ini.

 

Walau bagaimanapun apa yang berlaku adalah di luar jangkaan di mana peranan NGO dan masyarakat setempat tidak banyak membantu dalam program pemulihan. Pusat-pusat PDK ini tidak akan dapat berfungsi tanpa bantuan sukarelawan dari NGO dan masyarakat setempat. Pergantungan 100% kepada guru-guru dan tenaga pengajian yang disediakan oleh kerajaan tidak dapat menjamin keberkesanan program pemulihan yang dijalankan dan dapat mempercepatkan proses pemulihan kanak-kanak ini. Kanak-kanak kurang upaya ini memerlukan lebih dari itu, mereka memerlukan perhatian yang lebih dari keluarga dan masyarakat setempat, kasih sayang dan galakan untuk pulih dan berkeyakinan dalam hidup.

 

Menyedari hakikat ini dan hasil beberapa siri lawatan Allahyarhamah Datin Paduka Seri Endon Mahmod ke kawasan luar bandar bersama YAB Perdana Menteri, Allahyarhamah Datin Paduka Seri Endon telah mencadangkan agar satu usaha perlu dibuat bagi meningkatkan peranan pemimpin masyarakat, NGO, badan sukarela dan orang perseorangan di luar bandar yang telah wujud dengan banyaknya dan meningkatkan tahap kesedaran di dalam masyarakat itu sendiri betapa pentingnya untuk membantu anak-anak ini yang lahir dan wujud dalam masyarakat itu sendiri. Idea ini telah dilahirkan oleh Allahyarhamah dalam BAKTI dan bagi Fasa Pertama program yang diberi nama "Program Semai BAKTI Bagi Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Bagi Pusat-pusat PDK di Tanah-tanah Rancangan FELDA Seluruh Negara" akan di laksanakan di 34 buah PDK di tanah-tanah rancangan FELDA di seluruh negara.