Bicara Perdana Menteri

"FELDA telah membuktikan ia bukan jaguh kampung dengan membuat pelaburan membuka kilang-kilang di Amerika Syarikat dan Kanada.  Malahan Perdana Menteri Quebec, Kanada memandang tinggi terhadap FELDA."

Petikan Ucapan YAB Dato' Sri Mohd Najib.

Setulus Bicara

"Sejak 50 tahun kerajaan beri kita berbilion ringgit. Banyak mana pun,ia tidak berguna jika gagal memberi sokongan terhadap pelbagai program dijalankan kerajaan."

Petikan Ucapan Y.Bhg Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi GWGF.
PERTANDINGAN GOLF PERSAHABATAN GWGF PAHANG CHALLENGE 2017

PERTANDINGAN GOLF PERSAHABATAN GWGF PAHANG CHALLENGE 2017


Shah Alam, 25 Mac 2017. Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) dengan kerjasama Kelab Golf GWGF menganjurkan Pertandingan Golf Persahabatan iaitu “GWGF PAHANG CHALLENGE 2017”.

Kejohanan Golf yang berlangsung di Mahkota Golf & Country Club, Kuantan pada 25 Mac 2017 pada jam 8.00 pagi yang melibatkan 20 peserta yang terdiri daripada generasi FELDA di Negeri Pahang.

Kejohanan Golf Persahabatan ini adalah kejohanan kali pertama yang diadakan dengan jayanya.

Dengan penganjuran kejohanan ini, ianya dapat menjalin hubungan silaturrahim sesama pemain dan diharapkan agar ianya dapat menjalinkan hubungan dua hala dengan semua pihak.

Lokasi seterusnya dalam siri ini ialah di negeri Johor dalam Pertandingan Golf Persahabatan GWGF Johor Challenge 2017 pada bulan April hadapan sempena lawatan YBhg. Tan Sri Rozali Ismail dan beliau mengharapkan pemain-pemain yang tidak berkesempatan bermain pada hari ini boleh menyertai Pertandingan Golf Persahabatan GWGF Johor Challenge 2017 itu nanti.

Hadiah disampaikan oleh YBhg Tan Sri Rozali, Presiden GWGF kepada para pemenang-pemenang pertandingan. Turut hadir YB. Dato' Haji Mohd Johari Bin Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri.


201703272001.jpg 201703272002.jpg 201703272003.jpg 201703272004.jpg 201703272005.jpg 201703272006.jpg 201703272007.jpg 201703272008.jpg 201703272009.jpg 201703272010.jpg 201703272011.jpg 201703272012.jpg 201703272013.jpg 201703272014.jpg 201703272015.jpg 201703272016.jpg 201703272017.jpg 201703272018.jpg 201703272019.jpg