Bicara Perdana Menteri

"FELDA telah membuktikan ia bukan jaguh kampung dengan membuat pelaburan membuka kilang-kilang di Amerika Syarikat dan Kanada.  Malahan Perdana Menteri Quebec, Kanada memandang tinggi terhadap FELDA."

Petikan Ucapan YAB Dato' Sri Mohd Najib.

Setulus Bicara

"Sejak 50 tahun kerajaan beri kita berbilion ringgit. Banyak mana pun,ia tidak berguna jika gagal memberi sokongan terhadap pelbagai program dijalankan kerajaan."

Petikan Ucapan Y.Bhg Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi GWGF.
LAWATAN & KUNJUNGAN HORMAT GWGF KE JABATAN PERDANA MENTERI

LAWATAN & KUNJUNGAN HORMAT GWGF KE JABATAN PERDANA MENTERI


Pada tanggal 05 April 2014 bersamaan dengan 05 Rejab 1435 Hijrah, pihak GWGF membuat lawatan kunjung hormat yang diketuai oleh Timbalan Presiden GWGF, YBhg. Datuk Abdullah bin Abu Bakar dan disertai beberapa orang pegawai iaitu Dr. Abd Rahim bin Awang Kechik Ketua Pegawai Operasi GWGFB, En. Mohd Ismail bin Masri Ketua Pegawai Operasi GWGFM, En. Ishak bin Ismail Pengurus kanan GWGF, En. Khairul Azhan bin Zainal Eksekutif Perhubungan Awam dan En. Muhammad Hafiz bin Hj. Bahari Eksekutif Hal Ehwal Sosial dan Kemasyarakatan GWGF kepada generasi FELDA yang berjaya iaitu YBhg. Datuk Othman Bin Hj. Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri.


DSC_3221.JPG DSC_3223.JPG DSC_3229.JPG DSC_3239.JPG DSC_3249.JPG DSC_3255.JPG DSC_3268.JPG