Bicara Perdana Menteri

"FELDA telah membuktikan ia bukan jaguh kampung dengan membuat pelaburan membuka kilang-kilang di Amerika Syarikat dan Kanada.  Malahan Perdana Menteri Quebec, Kanada memandang tinggi terhadap FELDA."

Petikan Ucapan YAB Dato' Sri Mohd Najib.

Setulus Bicara

"Sejak 50 tahun kerajaan beri kita berbilion ringgit. Banyak mana pun,ia tidak berguna jika gagal memberi sokongan terhadap pelbagai program dijalankan kerajaan."

Petikan Ucapan Y.Bhg Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi GWGF.
LAWATAN DAN KUNJUNG HORMAT GWGF KE KARANGKRAF

Lawatan dan kunjung hormat GWGF ke Karangkraf

Lawatan& kunjung hormat yang diketuai Datuk Abdullah Abu Bakar, Presiden Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) bersama 7 orang kakitangan pada 4hb Mac 2014 di Karangkraf Shah Alam merupakan aktiviti yang dirancang bagi memberi pendedahan kepada kakitangan berkaitan operasi Karangkraf dalam penyediaan majalah, surat khabar, dan lain-lain aktiviti cetakan yang dikeluarkan oleh pihak Karangkraf.

Antara objektif lawatan dan kunjung hormat ini bertujuan merapatkan hubungan antara (GWGF) dan Kumpulan Karangkraf bagi memudahkan liputan berita disebarkan melalui akhbar-akhbar tempatan dan saluran elektronik.

Keperluan lawatan ini merangkumi keperluan semasa dalam aspek penghebahan maklumat serta aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan oleh GWGF mendapat liputan oleh media massa bagi tujuan hebahan khususnya kepada penduduk FELDA.


DSC_1914.JPG DSC_1917.JPG DSC_2003.JPG DSC_2033a.JPG