Bicara Perdana Menteri

"FELDA telah membuktikan ia bukan jaguh kampung dengan membuat pelaburan membuka kilang-kilang di Amerika Syarikat dan Kanada.  Malahan Perdana Menteri Quebec, Kanada memandang tinggi terhadap FELDA."

Petikan Ucapan YAB Dato' Sri Mohd Najib.

Setulus Bicara

"Sejak 50 tahun kerajaan beri kita berbilion ringgit. Banyak mana pun,ia tidak berguna jika gagal memberi sokongan terhadap pelbagai program dijalankan kerajaan."

Petikan Ucapan Y.Bhg Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi GWGF.
OH FELDA KU...


OH FELDA KU...


Bolehkah kita bayangkan perbandingan

kehidupan kita sebelum masuk Felda dan

selepas memasuki Tanah Rancangan Felda?


Fikirkan sejenak secara mendalam...



SEMUA PENDUDUK MALAYSIA SUDAH TAHU, APAKAH ITU FELDA.

DUNIA PUN SUDAH MENGETAHUI KEJAYAAN KITA SEBAGAI KOMUNITI FELDA.


TEORI KEWUJUDAN FELDA

 # Tahun 1954 – lebih kurang 500 orang penduduk Kedah menebang hutan di Batu Lapan, Kedah untuk dijadikan
                           kawasan perladangan dan penempatan.

•    10 ekar seorang untuk tanah pertanian
•    ½ ekar seorang untuk kawasan rumah
•    Serangan malaria membunuh 50 orang
•    Peneroka sendiri-sendiri ini gagal



# Tahun 1955 – hutan ditebang dan diterokai di Bukit Tembaga dan Bukit Tangga, Kedah

•    Konsep dan ciri-ciri yang sama dengan Batu Lapan
•    Kerja bergotong royong tetapi ada agenda peribadi
•    Persiapan kewangan dan peralatan tidak mencukupi
•    Perancangan dan blue-print tidak ada
•    Pengurusan dan pentadbiran tidak ada
•    Membelakangkan Pihak Berkuasa / Kerajaan



# Tahun 1956 – oleh sebab berlaku kegagalan dan kematian seperti di atas, Kerajaan Malaya menggubal Ordinan
                          yang popular dengan nama Akta Felda (Federal Land Development Authority – FELDA)
                          (Undang-undang sebelum Merdeka disebut Ordinan)

•    Diwujudkan Dana Kewangan Pembangunan Tanah
•    Diberi pinjaman kepada Kerajaan-kerajaan Negeri untuk membuka hutan sebagai tanah pertanian bagi penduduk     yang tidak bertanah
•    Pengurusan dilakukan oleh kerajaan-kerajaan Negeri
      -    Ayer Lanas, Kelantan
      -    Kemendore, Melaka
•    Konsep ini gagal kerana kerajaan-kerajaan negeri tidak ada Badan Penyelaras dan Pengurusan yang cekap untuk mengendalikan rancangan seperti ini.
•    Setiap kerajaan negeri mempunyai dasar pentadbiran yang berlainan di antara satu sama lain.


# Tahun 1958 – projek perintis di Felda Lurah Bilut, Bentong, Pahang WAWASAN TUN ABD RAZAK, TPM Malaya

                                  Motto: “BEST LANDS FOR THE BEST PEOPLE”
                                                 (Tanah Terbaik Untuk Orang-orang Terbaik)

•    Lebih kurang 300 orang Peneroka tanpa keluarga ditempatkan di rumah panjang di Felda Lurah Bilut
•    Peneroka bergotong royong menebang hutan, menebas, meracun, menanam pokok-pokok getah dan membina rumah-rumah kediaman.  (Bersama para pegawai Felda)
      -    Roll call (rokal) diperkenalkan
•    Tanah tanaman getah: +- 7 ekar
•    Tanah kebun tambahan: 3 ekar
•    Kawasan rumah: ¼ ekar
•    Peneroka ditambah bilangan, menjadi: 700 orang yang datang dari beberapa buah negeri di Malaya
•    Teori dan ujikaji berjaya



# Tahun 1959 – Peneroka Felda Lurah Bilut membawa keluarga ke tanah rancangan tersebut.