Aktiviti Sukan Bermotor

Selain untuk mempelbagaikan aktiviti golongan belia yang ada di Tanah Rancangan FELDA, aktiviti ini diadakan bagi membendung gejala sosial yang negatif yang mana banyak melibatkan golongan belia FELDA. Selain itu juga, hasrat utama Persatuan ini adalah untuk mencari jaguh di dalam aktiviti perlumbaan motorcross dikalangan warga belia FELDA. Untuk merealisasikan hasrat tersebut, GWGF akan menganjurkan pertandingan motorcross bagi merebut piala Perdana Menteri yang dijangka akan dimulakan pertengahan tahun 2011. Pertandingan ini akan melalui beberapa peringkat iaitu peringkat FELDA, Peringkat Wilayah dan Peringkat ‘Grand Final’.



Tan Sri Rozali Ismail Bergambar Dengan Pasukan Juara Kejohanan Futsal Piala GWGF (FELDA Bukit Aping Timur)