Syarat-Syarat Penyertaan

Individu yang ingin berkhidmat dalam Askar Wataniah sama ada sebagai anggota biasa (Lain-lain Pangkat) atau pegawai mesti memenuhi syarat-syarat asas seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur antara 18 hingga 40 tahun.
- Sihat tubuh badan.
- Lulus persekolahan sekurang-kurangnya Darjah 6 (Lain-lain Pangkat) atau lulus Sijil Pelajaran Malaysia sekurang-kurangnya Gred 2 (Pegawai).
- Penerimaan tertakluk kepada keputusan tapisan keselamatan (tiada kes jenayah).



Dokumen Yang Diperlukan

Mempertahankan negara adalah tanggungjawab setiap warga. Jika anda terpanggil untuk sama-sama memikul tanggungjawab ini, anda hanya perlu mendaftarkan diri di pasukan-pasukan berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen berikut:
- Salinan Kad Pengenalan Awam.
- Salinan Sijil Warganegara (Jika ada).
- Salinan Sijil Kelahiran.
- Salinan Sijil Nikah dan Surat Beranak Anak (Jika berkahwin).
- 4 Keping Gambar Warna Ukuran Pasport.
- Salinan Sijil-sijil Akademik/Tamat Persekolahan.



Insentif Askar Wataniah

Dalam Askar Wataniah setiap individu berpeluang meningkatkan kerjaya masing-masing dalam pasukan Sukarela dengan mendapat peluang-peluang berikut:
- Kursus Kerjaya - Berpeluang mengikuti kursus-kursus kerjaya di Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN) di Ipoh atau pasukan-pasukan penganjur yang lain.
- Kursus Fungsional - Berpeluang menghadiri kursus fungsional untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang-bidang ketenteraan.
- Kenaikan Pangkat dan Pentauliahan - Anggota-anggota yang layak dan memenuhi syarat-syarat berpeluang dinaikkan pangkat dan bagi anggota-anggota yang mempunyai kelayakan akademik berpeluang ditauliahkan sebagai pegawai.
- Imbuhan Elaun - Setiap anggota Sukarela akan dibayar elaun bagi setiap latihan yang dihadiri. Jenis-jenis elaun yang disediakan adalah seperti berikut:
- Elaun Kehadiran: (Pegawai RM 5.80/LLP RM 4.00) - Elaun ini dibayar berasaskan jumlah jam kehadiran ke latihan tempatan.
- Pemberian Pakar: (Pegawai RM 300.00/LLP RM 200.00) - Untuk pegawai atau anggota ditauliahkan/didaftarkan untuk tempoh tidak kurang daripada empat tahun.
- Elaun Pakaian 'Outfit': Dibayar sekali semasa pentauliahan seseorang pegawai angkatan sukarela.
- Elaun Senggaraan Pakaian: (RM 125.00) - Dibayar setahun sekali dikira dari tarikh pentauliahan.
- Elaun Pakaian Istiadat: (RM 750.00) - Boleh dituntut lima tahun sekali bermula dari tarikh pentauliahan pegawai berkenaan.
- Elaun Pakaian Tauliah Kehormat: (RM 1000.00) - Dibayar sekali semasa pegawai diberi tauliah kehormat seseorang pegawai angkatan sukarela.
- Elaun Pengangkutan: Anggota yang menggunakan kenderaan sendiri/pengangkutan awam layak menuntut elaun perjalanan dengan syarat-syarat tertentu.
- 'Bounti': Memenuhi syarat: - Kadar Penuh RM 520.00 - Kadar Tiga Suku RM 390.00 - Kadar Separuh RM 260
- Gaji Dan Lain-Lain Elaun Angkatan Tetap: Dibayar apabila anggota menjalani latihan berterusan dan kem tahunan dengan memenuhi syarat-syaratnya
- Elaun Tamat Perkhidmatan: Mobilisasi 15% X Jumlah Bulan Genap Perkhidmatan Diakui X Gaji Akhir Pangkat Hakiki



Kemudahan Askar Wataniah

Apakah yang anda perolehi apabila menyertai Askar Wataniah?
- Berjasa dengan menyumbang kepada pertahanan negara.
- Mengisi masa lapang yang sebaliknya akan terbiar sekiranya tidak menyertai sebarang aktiviti kumpulan sosial.
- Mempelajari kepakaran dalam pasukan Askar Wataniah yang dipilih
- Membina dan membangunkan perwatakan tanpa mengeluarkan wang ringgit.
- Menambah kenalan/sahabat dari pelbagai lapisan masyarakat.
- Berpeluang melawat/menghadiri latihan di pusat latihan dan pasukan-pasukan di seluruh negara.
- Elaun semasa latihan hujung minggu dan gaji bagi latihan melebihi 72 jam dan perkhemahan tahunan.
- Bounti/Saguhati tahunan.
- Perlindungan kemalangan sama seperti Angkatan Tetap.
- Elaun Perjalanan ke tempat latihan dan kemudahan perubatan.
- Layak menyertai Insurans Berkelompok ATM.
- Cuti tanpa rekod bagi menyertai latihan selama 30 hari dalam satu tahun (bagi kakitangan kerajaan sahaja).
- Layak menyertai Insurans Berkelompok ATM.
- Layak menyertai Insurans Berkelompok ATM.
- Layak menyertai Insurans Berkelompok ATM.

(Harga di atas sudah meliputi penerbangan pergi balik Kuala Lumpur - Jakarta, Penginapan makan minum, pengangkutan, pas masuk ekspo dan acara-acara yang telah ditetapkan) Berikut adalah borang dan aturcara program:

Papar Aturcara
Papar Borang

Sila hubungi sekretariat DPMMS di talian 03-55199110 atau 03-55199106 untuk keterangan lanjut.