Kelab Storm Rider GWGF dan Storm Storm Rider Junior Malaysia telah bersama-sama dalam menjayakan Sambutan Hari JPJ ke-70. Majlis ini telah dihadiri oleh YB Dato' Sri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan dan juga YBhg. Dato' Sri Ismail Ahmad, Ketua Pengarah JPJ Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan sepanjang majlis berlangsung antaranya pendaftaran keahlian Storm Rider Junior dan jualan barang cenderamata eksklusif SRJM. Terima kasih juga diucapkan kepada semua ahli Storm Rider Junior Malaysia yang turut sama hadir memeriahkan majlis ini. Semoga dengan kerjasama Skuad Muda 1JPJ dan Storm Rider dapat diteruskan demi bersama membasmi kegiatan negatif dalam arena permotoran.



Galeri gambar

0310.jpg 0350.jpg 0390.jpg 0490.jpg 0500.jpg 0550.jpg 0600.jpg 0650.jpg 0660.jpg 0730.jpg 0735.jpg 0740.jpg