OH FELDA KU...
Bolehkah kita bayangkan perbandingan kehidupan kita sebelum masuk Felda dan selepas memasuki Tanah Rancangan Felda? Fikirkan sejenak secara mendalam... |
SEMUA PENDUDUK MALAYSIA SUDAH TAHU, APAKAH ITU FELDA.
DUNIA PUN SUDAH MENGETAHUI KEJAYAAN KITA SEBAGAI KOMUNITI FELDA.
TEORI KEWUJUDAN FELDA
# Tahun 1954 | – | lebih kurang 500 orang penduduk Kedah menebang hutan di Batu Lapan, Kedah untuk dijadikan kawasan perladangan dan penempatan. |
• 10 ekar seorang untuk tanah pertanian
• ½ ekar seorang untuk kawasan rumah
• Serangan malaria membunuh 50 orang
• Peneroka sendiri-sendiri ini gagal
# Tahun 1955 – hutan ditebang dan diterokai di Bukit Tembaga dan Bukit Tangga, Kedah
• Konsep dan ciri-ciri yang sama dengan Batu Lapan
• Kerja bergotong royong tetapi ada agenda peribadi
• Persiapan kewangan dan peralatan tidak mencukupi
• Perancangan dan blue-print tidak ada
• Pengurusan dan pentadbiran tidak ada
• Membelakangkan Pihak Berkuasa / Kerajaan
# Tahun 1956 | – | oleh sebab berlaku kegagalan dan kematian seperti di atas, Kerajaan Malaya menggubal Ordinan yang popular dengan nama Akta Felda (Federal Land Development Authority – FELDA) (Undang-undang sebelum Merdeka disebut Ordinan) |
• Diwujudkan Dana Kewangan Pembangunan Tanah
• Diberi pinjaman kepada Kerajaan-kerajaan Negeri untuk membuka hutan sebagai tanah pertanian bagi penduduk yang tidak bertanah
• Pengurusan dilakukan oleh kerajaan-kerajaan Negeri
- Ayer Lanas, Kelantan
- Kemendore, Melaka
• Konsep ini gagal kerana kerajaan-kerajaan negeri tidak ada Badan Penyelaras dan Pengurusan yang cekap untuk mengendalikan rancangan seperti ini.
• Setiap kerajaan negeri mempunyai dasar pentadbiran yang berlainan di antara satu sama lain.
# Tahun 1958 – projek perintis di Felda Lurah Bilut, Bentong, Pahang WAWASAN TUN ABD RAZAK, TPM Malaya
Motto: “BEST LANDS FOR THE BEST PEOPLE” (Tanah Terbaik Untuk Orang-orang Terbaik)
• Lebih kurang 300 orang Peneroka tanpa keluarga ditempatkan di rumah panjang di Felda Lurah Bilut
• Peneroka bergotong royong menebang hutan, menebas, meracun, menanam pokok-pokok getah dan membina rumah-rumah kediaman. (Bersama para pegawai Felda)
- Roll call (rokal) diperkenalkan
• Tanah tanaman getah: +- 7 ekar
• Tanah kebun tambahan: 3 ekar
• Kawasan rumah: ¼ ekar
• Peneroka ditambah bilangan, menjadi: 700 orang yang datang dari beberapa buah negeri di Malaya
• Teori dan ujikaji berjaya
# Tahun 1959 – Peneroka Felda Lurah Bilut membawa keluarga ke tanah rancangan tersebut.