PEMERIKSAAN KESIHATAN

Objektif perlaksanaan program Kemasyarakatan ini bolehlah didefinasikan seperti berikut:-
- Meneruskan kerja-kerja amal dan kesukarelawanan Program GWGF - PDK di tanah-tanah rancangan FELDA;
- Memupuk semangat gotong-royong dan budaya kesukarelawanan di kalangan belia dan generasi baru;
- Menjalinkan hubungan dua hala yang baik dan mesra dengan pemimpin dan masyarakat setempat; dan
- Merealisasikan tanggungjawab sosial syarikat-syarikat korporat yang terlibat kepada masyarakat

Rentetan dari siri lawatan yang telah diadakan bersama Program Khas Semai BAKTI,iaitu menitikberatkan kehidupan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) agar tidak terkecuali dari menikmati kehidupan seperti orang lain. GWGF, buat ke sekian kali telah turun padang melaksanakan program PDK di Tanah Rancangan FELDA seluruh Negara. Selain memberi taklimat kesihatan kepada Ibu bapa dan penjaga OKU, pemeriksaan kesihatan, penjagaan gigi secara praktikal telah dijalankan. Aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari Ibubapa dan keluarga OKU itu sendiri.