Program ini merupakan Majlis Penutup Program Rentas Kampung : Jom Masuk FELDA yang dirasmikan oleh Y.B. Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pada 23hb jam 9.00 malam. Antara pengisian program pada malam tersebut adalah persembahan artis yang dijemput khas oleh Pertubuhan Kesenian & Kebudayaan Generasi FELDA (PERKESAN) seperti Izwan Pilus, Kumpulan Mirwana, Rini AF7.

Selain itu, acara cabutan nombor bertuah juga dilakukan untuk menghargai kehadiran tetamu pada majlis tersebut. Penyampaian cenderahati seperti sijil dan elaun kepada sukarelawan yang terlibat dalam Program Kenduri Rakyat juga telah disampaikan oleh Y.B. Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan bagi menghargai pengorbanan tenaga dan masa sukarelawan yang sudi menyertai Program Kenduri Rakyat tersebut.