Forum Perdana Ehwal Islam Secara Langsung

Forum Perdana Ehwal Islam telah diadakan pada malam 20hb Januari 2011 iaitu pada hari Khamis bertempat di Dewan Serbaguna FELDA Chempelak, Labis sempena Pilihanraya DUN Tenang. Forum Perdana Ehwal Islam yang dianjurkan bersama Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) ini telah diadakan dalam dua sesi yang mana sesi pertama diadakan pada jam 8.30 malam secara rakaman. Tajuk Forum tersebut adalah mengenai “Sumbangan Guru Dalam Pembangunan Modal Insan” yang disampaikan oleh dua orang ahli panel iaitu Ustazah Salbiah Omar dan Cikgu Yasir Bin Muhammad Akhir.

Forum Perdana Ehwal Islam ini dipengerusikan oleh Dr. Riduan Tee Abdullah. Pada sesi kedua pula, Forum Perdana ini telah diadakan pada jam 10.00 malam iaitu siaran secara langsung menerusi RTM TV1. Forum Perdana tersebut bertajuk “Mereka Yang Hebat” disampaikan oleh tiga orang ahli panel iaitu YBhg. Datuk Abdullah Bin Hj. Abu Bakar (Timbalan Pengerusi GWGF), Al-Fadhil Ustaz Hanafiah Bin Abdul Razak (Jabatan Mufti Johor) dan Ustazah Salbiah Omar (Guru Sekolah Menengah Agama Sultan Muhammad Melaka) dan dipengerusikan oleh Dr. Riduan Tee Abdullah.