• KEBERKATAN DI BULAN RAMADHAN DITERUSKAN DENGAN MAJLIS TADARUS DAN KHATAM AL-QUR'AN

    Shah Alam, 16 Jun 2017 - Program mengimarahkan bulan Ramadhan diteruskan lagi dengan Program Tadarus dan Khatam Al-Quran.

    Tadarus merupakan aktiviti tahunan GWGF yang diadakan sepanjang Bulan Ramadhan. Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan pada hari ini menandakan semua peserta telah tamat menghabiskan bacaaan 30 juzuk.

    Majlis ini turut disertai oleh YBhg Lt. Kol. (K) Datuk Abdullah Hj Abu Bakar, Timbalan Presiden GWGF & Pengurusan Kanan GWGF. Semoga kita memperolehi keberkatan di bulan Ramadhan yang mulia ini. Amin.



    Galeri gambar

    18451539_1491146137573829_3502175816510060712_o.jpg 19093014_1491146134240496_3716482748241533890_o.jpg 19093050_1491146340907142_5812133980358657252_o.jpg 19093090_1491147340907042_3756389946116672988_o.jpg 19093091_1491146707573772_6699094834612227213_o.jpg 19095283_1491146874240422_4234001272424628246_o.jpg 19095387_1491146950907081_6787149539150006171_o.jpg 19095411_1491145844240525_7804390303911910828_o.jpg 19095450_1491145934240516_8511716883837689128_o.jpg 19095500_1491146347573808_42361053216832676_o.jpg 19095569_1491147124240397_8246987867706179125_o.jpg 19095628_1491146527573790_3107513617061370886_o.jpg 19095631_1491146447573798_56886446947741910_o.jpg 19095641_1491147207573722_5768836870470854159_o.jpg 19095708_1491145834240526_3985825659431130086_o.jpg 19143026_1491146430907133_7392133750853295650_o.jpg 19143241_1491146254240484_8655379973935133563_o.jpg 19143270_1491146967573746_2795218694857195859_o.jpg 19143276_1491145830907193_2093169889180435015_o.jpg 19143697_1491145927573850_3213095804633468168_o.jpg
  • Sokong Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob - Pengerusi Felda Global Venture Sdn Bhd (FGV)

    PUNCAK ALAM - Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) menyatakan sokongan penuh pelantikan Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai Pengerusi Felda Global Venture Sdn Bhd (FGV) yang baharu.

    Pengerusi GWGF, Tan Sri Rozali Ismail, berkata, pelantikan Sulaiman adalah langkah tepat memandangkan beliau seorang pakar ekonomi dan tokoh korporat dengan pengalaman lebih 38 tahun.

    "GWGF melihat ketokohan, kepakaran dan pengalaman luas Tan Sri Dr Sulaiman mampu menyelesaikan kemelut yang melanda FGV.

    " Keputusan pelantikan baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak amat tepat bagi memastikan FGV kembali ke landasan kecemerlangan dan kegemilangan FGV di peringkat global," katanya dalam satu sidang media di Masjid Puncak Alam, hari ini.

    Selain itu, Tan Sri Rozali turut menggesa agar rombakan dan penstrukturan semula dilakukan susulan daripada lantikan tersebut.

    Katanya, GWGF juga mahu ahli lembaga pengarah FGV terdiri daripada tiga orang wakil daripada Felda Holding.

    "Ahli lembaga pengarah FGV perlu terdiri daripada tiga wakil Felda Holdings sebagai pemegang saham terbesar FGV bagi memantapkan lagi pengurusan FGV.

    "Kami juga berharap supaya tiga wakil tersebut dipilih di kalangan anak-anak peneroka yang profesional dalam pelbagai bidang.

    " GWGF juga sedia membantu Pengerusi FGV yang baharu dari aspek khidmat nasihat, perkongsian idea dan pandangan demi meningkatkan prestasi dan kejayaan FGV," katanya.



    Galeri gambar

    19237866_1498815523473557_7761147531509137189_o.jpg 19237924_1498815720140204_7299528617924653271_o.jpg 19238059_1498815283473581_4929037541481514780_o.jpg 19243318_1498815640140212_8892872906890748417_o.jpg 19250603_1498815580140218_4736795230070472144_o.jpg 19250631_1498815430140233_6440152539016365990_o.jpg 19390688_1498815296806913_8454139286000526649_o-1.jpg 19390688_1498815296806913_8454139286000526649_o.jpg 19400487_1498815596806883_6984966908423963050_o.jpg 19400516_1498815303473579_5796969706955766341_o.jpg 19400668_1498815510140225_8261437504337984270_o.jpg 19417318_1498815726806870_4612415987668248297_o.jpg 19452933_1498815280140248_5229885833906745547_o.jpg 19466422_1498815463473563_8736783693415635197_o.jpg
  • YBhg Tan Sri Terima "Beyond Success Awards"

    27 Julai 2017; St Thomas, U.S. Virgin Island. GWGF mengucapkan tahniah kepada YBhg Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad yang merupakan anak FELDA pertama menerima *"Beyond Success Awards"* dalam Majlis "The Bizz Americas 2017" di Amerika Syarikat baru- baru ini.

    Majlis yang berprestij ini telah mengumpulkan syarikat-syarikat ternama seluruh dunia yang mempunyai pencapaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

    Semoga dengan kejayaan ini dapat memberikan inspirasi kepada Generasi FELDA seluruh negara.

    Tahniah YBhg Tan Sri atas penganugerahan anugerah ini.



    Galeri gambar

    20293147_1534169396604836_5827418109172075222_n.jpg 20294421_1534169326604843_7725420830935292407_n.jpg 20376188_1534169246604851_4499803753202420020_n.jpg 20429885_1534169359938173_5609665672713272783_n.jpg 20476443_1534169276604848_5596978203097141870_n.jpg