ZIARAH KASIH ADIK MUHAMMAD AFIF AKIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA

Ziarah kasih kepada Cikgu Siti Hajar, Cikgu Vokal, Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan dan Keseniaan FELDA (PERKESAN) di atas musibah yang ditimpa oleh anak beliau iaitu adik Muhammad Afif (16 tahun) akibat kecelakaan jalan raya pada lewat pagi semalam.

Ziarah kasih ini diketuai oleh Leftenan Kolonel (K) Datuk Haji Abdullah bin Haji Abu Bakar, Timbalan Presiden GWGF dan turut disertai oleh YBhg. Kapten (B) Haji Rosdin Abas, Timbalan Pengarah Kanan, Seranta FELDA, Jabatan Perdana Menteri bagi mewakili Pengurusan Seranta Felda & Sekretariat GAPROF.

Marilah sama-sama kita memanjatkan doa kehadrat ilahi semoga adik Afif terus kuat dalam menangani segala komplikasi ke atasnya dan di doakan agar Cikgu Siti Hajar dan keluarga tabah dalam menghadapi ujian dari Allah Taala.



Galeri gambar

20161120001.jpg 20161120002.jpg 20161120003.jpg 20161120004.jpg 20161120005.jpg 20161120006.jpg 20161120007.jpg 20161120008.jpg 20161120009.jpg 20161120010.jpg 20161120011.jpg 20161120012.jpg 20161120013.jpg 20161120014.jpg