Didorong oleh keprihatinan untuk meringankan kesengsaraan sesama manusia, Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) telah mengaktifkan Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bekalan Air Bersih (Misi Bantuan Banjir - GWGF) untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Misi Bantuan Banjir - GWGF telah dilancarkan oleh Presiden GWGF iaitu YBhg Tan Sri Rozali Ismail pada 27 Disember 2014,11.00 pagi di Wisma Rozali dan melibatkan penghantaran 1000 botol air minuman lima liter oleh 20 orang sukarelawan terdiri daripada ahli-ahli GWGF.

Sebanyak 3 buah lori dan beberapa kenderaan pacuan empat roda akan digunakan untuk menghantar bantuan air bersih khususnya ke penempatan-penempatan di FELDA yang telah dilanda banjir dan menyebabkan penduduk sukar mendapatkan air untuk kegunaan harian terutama untuk dijadikan air minuman.

Misi bantuan banjir ini merupakan satu inisiatif GWGF dalam menyumbang bagi meringankan beban warga FELDA yang terjejas oleh bencana alam tersebut. Sebelum ini, GWGF pernah menghulurkan bantuan yang serupa pada penghujung tahun 2013.



Galeri gambar

DSC_14070.JPG DSC_14077.JPG DSC_14129.JPG DSC_14149.JPG DSC_14166.JPG DSC_14175.JPG DSC_14199.JPG DSC_14216.JPG DSC_14226.JPG DSC_14245.JPG DSC_14290.JPG DSC_14297.JPG DSC_22155.jpg DSC_22169.jpg DSC_22176.jpg DSC_22181.jpg DSC_22193.jpg DSC_22205.jpg DSC_22214.jpg DSC_22220.jpg DSC_22233.jpg DSC_22236.jpg DSC_22242.jpg DSC_22252.jpg DSC_22267.jpg DSC_22278.jpg DSC_22294.jpg DSC_22296.jpg DSC_22317.jpg DSC_22381.jpg