Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) menganjurkan Majlis Ramah Mesra bersama ahli-ahli PERSADA Universiti-universiti tempatan bersama ikon generasi FELDA, Tan Sri Rozali Ismail Presiden GWGF bagi berkongsi kejayaan dalam bidang perniagaan dan dunia korporat. Majlis ramah mesra ini melibatkan penyertaan seramai 120 orang pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelajar Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaya, dan Universiti Kebangsaan Malaysia yang merupakan anak kelahiran FELDA dari seluruh negara. Majlis akan berlangsung di Masjid Puncak Alam Selangor pada hari Sabtu, 22 November 2014, bermula jam 9.00-2.00 Petang.

Majlis ini juga dianjurkan bertujuan merapatkan hubungan antara ahli-ahli PERSADA Universiti dan ahli-ahli Gabungan Wawasan Generasi FELDA, khususnya Ahli Majlis Tertinggi GWGF dan Pengerusi serta AJK persatuan gabungan yang dipimpin oleh YBhg Tan Sri Rozali Ismail, Presiden GWGF yang merupakan anak kelahiran FELDA Gedangsa, Selangor.

Para peserta diberi penerangan dan peluang-peluang pekerjaan oleh Syarikat Puncak Alam Housing Sdn Bhd yang mengfokuskan pembangunan di Puncak Alam, Selangor dan Syarikat Arena Terbaik Sdn Bhd yang memberi fokus kepada penyelenggaraan kenderaan. Para peserta yang telah tamat pengajian dalam bidang yang berkaitan boleh memohon untuk penempatan kerja di kedua-dua syarikat berkenaan pada masa akan datang. Ini juga memberi peluang yang baik kepada peserta yang terlibat.

Dalam majlis ini, Tan Sri Rozali Ismail berkongsi tentang kejayaan beliau dalam dunia perniagaan dan bidang korporat yang melonjakkan nama beliau sebagai anak FELDA yang berjaya. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan motivasi para pelajar, khususnya generasi baru FELDA untuk berjaya dalam bidang pendidikan dan dapat menaikkan nama FELDA suatu masa nanti disamping dapat meningkatkan keyakinan para pelajar, dari FELDA mampu berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi sekiranya mempunyai semangat juang yang tinggi.

Sambutan ramah mesra ini merupakan program pertama yang dianjurkan pada tahun ini dan program ini akan diteruskan lagi oleh GWGF yang akan melibatkan Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang lain pada masa akan datang.



Galeri gambar

IMG_5741.JPG IMG_5748.JPG IMG_5752.JPG IMG_5759.JPG IMG_5778.JPG IMG_5789.JPG IMG_5830.JPG IMG_5854.JPG IMG_5864.JPG IMG_5877.JPG IMG_5887.JPG IMG_5905.JPG IMG_5924.JPG IMG_5931.JPG IMG_5933.JPG IMG_5950.JPG IMG_5980.JPG IMG_5982.JPG IMG_5992.JPG IMG_6010.JPG IMG_6014.JPG IMG_6056.JPG IMG_6057.JPG IMG_6087.JPG IMG_6095.JPG IMG_6105.JPG IMG_6132.JPG IMG_6138.JPG IMG_6158.JPG IMG_6198.JPG IMG_6216.JPG IMG_6245.JPG IMG_6252.JPG IMG_6308.JPG IMG_6309.JPG IMG_6354.JPG IMG_6360.JPG IMG_6369.JPG IMG_6378.JPG IMG_6417.JPG IMG_6428.JPG IMG_6464.JPG IMG_6465.JPG IMG_6472.JPG IMG_6473.JPG IMG_6474.JPG IMG_6476.JPG