Gabungan Wawasan Generasi FELDA juga memberi peluang perniagaan kepada peniaga-peniaga kecil khususnya warga generasi FELDA yang ada di Tanah Rancangan FELDA. Peluang perniagaan seumpama ini diberikan kepada golongan generasi FELDA yang benar-benar berminat dan bersungguh-sungguh. Secara tidak langsung ia mampu memberi pendedahan kepada golongan generasi FELDA ini untuk memulakan satu perniagaan biarpun secara kecil-kecilan.